CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 23 Mac 2009

Gotong-royong bersihkan tapak rumah

Majlis Perudingan Kampung Menengah dan Bukit Sulang bersama penduduk kampung hari ini bergotong royong membersihkan kawasan dan tapak rumah Awang Anuar Haji Mohammad, yang terbengkalai pembinaannya.
Beliau seorang pesara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang menghadapi masalah kesihatan dan tidak bekerja, mempunyai tujuh orang tanggungan termasuk isteri yang tidak bekerja.
Enam orang anaknya yang masih bersekolah menerima bantuan persekolahan dari jabatan kebajikan sebanyak $300 sebulan.

Menurutnya pembinaan rumah ini akan diteruskan jika ada rezeki dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja gotong-royong itu Pengerusi Haji Rosli Haji Ahad, Ketua Kampong Mengetuai kerja-kerja ini dan turut dihadiri sama Pegawai Tugas-Tugas Khas Jabatan Daerah Tutong Haji Haizal Rizal Haji Yahya.

















0 ulasan: