20hb. Mac 2009
Memundul (memikat) menangkap burung cara tradisi dengan menggunakan burung yang jinak dan terpilih yang sudah diasuh untuk tujuan tersebut, biasanya burung yang biasa dipikat pada masa ini ialah burung taripas, bayan, murai batu dan puragam. Puak kedayan, dusun dan bisaya yang biasa menangkap burung secara memundul ini.
Pada masa ini memundul digemari oleh berbagai peringkat umur, oleh itu hari ini pengemar-pengemar pemundul taripas di Negara ini telah mengajurkan kejohanan memundul yang berlangsung di sepanjang jalan Kampong Buau, Mukim Sukang. Jauh perjalanan dari simpang Lamunan, Kampong Sungai Kelugos menuju ke lokasi sejauh 46 kilometar. tempat ini dipilih disebabkan terdapat banyak burung yang hendak di pundul
Kejohanan kali kedua ini menghimpunkan 89 peserta, termasuk beberapa orang peserta dari luar Negara. Seorang peserta, warga emas, Haji Masri Haji Jafar dari Kampong Lumapas A, yang berusia 80 tahun menerangkan, baliau mula memundul taripas semasa berusia 12 tahun sehingga ke hari ini, ianya sudah menjadi kegemaran dan dapat menanangkan fikiran setelah penat bekerja.
Kejohonan yang berakhir jam 5.30 petang ini menjadi milik Awang Embran Haji Mahmud menjuarainya dengan memperolehi 5 ekor burung taripas dengan mendapat 34 mata, baliau menerima piala pusingan yang disumbangkan oleh Haji Jamahat Haji Liman.
Selasa, 31 Mac 2009
Kejohonan Memundul Taripas
Dicatat oleh Eguana di 3:17 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan