21hb. Mac 2009M / 24 Rabiulawal 1330H
Persatuan Gemilang Daerah Tutong, melalui cawangan Gemilang 4X4 hari ini bertolak melakukan ekspedisi ke Sabah dalam perjalanan kira-kira 2,800 kilometer menuju Sipitang, Tenom, Keningau dengan melawat ke Pusat Pertanian Keningau dan ke Tawau. Di hari ketiga meneruskan perjalan dari Tawau menuju ke Lahat Datu, Telupid, Ranau, Kundasaing dan Kota Kinabali. Hari terakhir 24hb. Mac 2009, balik menuju Papar, Beaufort, Sipitang dan Brunei.
Majlis pelepasan di hadapan Dewan Kemasyarakatan daerah ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan doa selamat. sebanyak 38 orang peserta dengan menaiki 11 buah kereta 4 X 4 jenis Toyota menyertainya.
Pegawai pentadbir Pejabat Daerah Tutong Pengiran Bakhtiar Pengiran Ibrahim telah melepaskan perjalanan peserta yang perjalanan mereka ditaja oleh NBT Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Suci Brand dan Klinik Amir Tutong.
0 ulasan:
Catat Ulasan