Ahad - 22hb. Mac 2009M / 26 Rabiulawal 1430H
Aktiviti-aktiviti berkebajikan bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Negara Brunei Darussalam terus diadakan di negara ini. Dengan tujuan yang sama Takmir Masjid Kampong Sinaut hari ini mengadakan walkaton amal bertempat di kawasan masjid kampung berkenaan.
Acara dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya acara berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer menyusuri jalan ladang berbukit yang bermula dan berakhir di masjid berkenaan.
Tetamu kehormat iaitu Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pertahanan Mohd Sarif Haji Othman turut menyertai walkaton amal ini bersama lebih 200 orang penduduk kampung.
Tetamu kehormat iaitu Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pertahanan Mohd Sarif Haji Othman turut menyertai walkaton amal ini bersama lebih 200 orang penduduk kampung.
Hasil kutipan amal ini berjumlah $648.10 (enam ratus empat puluh lapan ringgit sepuluh sen)
0 ulasan:
Catat Ulasan